Saturday 19 October 2013

Daging Rendang Mamak


Assalammulalaikum :) I Kali nih i nak kongsi resepi Daging Rendang Mamak.  Hari tuh i dah kongsi resepi Ayam Rendang Mamak kan, resepi yang lebih kurang sama kecuali untuk daging rendang mamak nih, i tak masukkan fresh tomato.  Okay jom kite tengok resepi :)

~Daging Rendang Mamak~

1/2 kilo daging
2 senduk cili kisar (i dah kisar dengan halia, bawang putih dan bawang merah)
4 1/2  sudu besar serbuk kari daging (i guna Baba's)
2 labu bawang besar (dihiris kasar)
2 biji cili hijau / merah
Kicap manis 
Sedikit air asam jawa (kalau guna asam jawa adabi, amik 1/2 sudu teh)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis cili kisar dan masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air dan daging dan sedikit garam, gaul sehingga mesra dan biarkan sehingga daging empuk dan rempah masak. Tambahkan kicap manis dan asam jawa hanya apabila daging sudah empuk. Padamkan api, kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili hijau atau merah.

Nota : Jika tidak mahu terlalu berempah, boleh kurangkan rempah kari daging.  

Mudah kan? Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian menjengah dan meninggalkan jejak di blog saya :) Segala komen dan kritikan yang membina saya terima dengan hati yang terbuka. Insyallah bila ada kesenangan saya akan membalas lawatan anda :)